Thursday 19 January 2017

Pro's and Con's mintak tolong kawan2 atau sedara ambil gambar wedding anda

Sini saya ingin kongsi pro's n con's jika jutufoto terdiri dari kalangan adik beradik atau sepupu sepapat ataupun kawan2 anda sendiri.

Tidak bias sekadar berkongsi pendapat dari pengalaman yang ada.

Pro's:

1. Jimat..itu sudah pasti sebab inilah tujuan pengantin hire bidan terjun sebagai jurugambar dr kwn2 dll..anggaran penjimatan sekitar RM1k - RM1.5k kalau sekali video lebih RM 3k dapat cut dr total perbelanjaan perkahwinan..biasanya jarang bidan terjun ni buat video kecuali ada kwn2 dr bidang yg sama juga.

2. Tidak perlu no2 kerana no 1 itu lah alasan paling kuat kenapa pengantin jadikan kwn2 atau adik beradik sbg bidan terjun jurufoto pengantin..kalau ada kata sebab segan dgn fotografer..rasanya tu clishey je kan..

3. Oo ye mungkin ada 1 lagi sebab berkait rapat dengan no 1 tu..sekarang ni kalau perasan ada beberapa syarikat membuat album online pada harga yang agak murah..atas sebab itu, mereka merasakan ini penjimatan 2x ganda jika mereka design album kahwin sendiri..tangkap gambar sendiri, buat album sendiri. 

4. Secara tak langsung album siap lebih awal dari menunggu professional photographer yang buat. Namun tak semua photographer profesional lambat. Ada yang return album seawal 2 minggu juga.

5. Bila guna online mereka boleh design album mengikut selera dan idea mereka sendiri. 

Con's

1. Bila jurugambar dari kalangan kawan2 dan sedara mara, mostly mereka kurang fokus. Sebab mereka bukan profesional. Mereka di minta utk membantu bukan atas dasar bayaran. Jadi mereka rasakan shoot pe yang patut. Suka diingat dikalangan guest yang datang ada juga rakan2 dan ahli keluarga mereka. 

2. Fotografer hilang? Sekejap ada sekejap takde. Bila rasa nak makan mereka akan pegi walau pun time puncak. Kadang menyembang dgn sedara mara..jadi bila pengantin perlukan gambar..mana fotografer? Ini berkaitan dgn professionalisme.

3. Lack of skills..penggunaan atau pengetahuan ttg kamera yg minimum serta exposure shoot majlis perkahwinan yg terhad atau tak pernah langsung.

4. Statement semua orang bole jadi photographer itu tidak benar..photographer perlukan ilmu bkn sekadar ilmu guna kamera tapi kombinasi ilmu dslr dan pengalaman shoot sesuatu majlis ianya sgt berkait rapat. Semua orang bole snap gambar itu memang benar.

5. Cukup lah on site punye cerita..post edit pon begitu juga..gambar yang baik bermula dari komposisi yg baik. So edit akan lebih sempurna jika dilakukan dengan baik.

6. Post edit juga perlukan ilmu. Banyak software yg friendly user tp features tidak sama spt photoshop atau lightroom. Kalau shoot shacky atau blur nak edit pon dah tak guna.

7. Jarang sy dengar, kwn2 atau sedara mara ni nak tolong buat edit..lepas majlis amik shj la softcopy tu..berbeza tanggugjawab pro photog mereka masih ada tugas untuk menyiapkan album siap edit tadi.

8. Softcopy hanya tinggal softcopy..kalau takde backup tunggulah 2-3 tahum bila hardisk rosak, laptop rosak, habisla semua memory tu. 

Cukupla tu k..bayak lagi con's yang sy bole kongsikan sebelum sy tutup cerita, jika anda memilih untuk menggunakan photog kwn2 atau sedara mara, nasihat dari saya, pastikan mereka mahir menggunakan dslr secara manual dgn komposisi yg tepat supaya hasilnya nanti tidak mengecewakan. Pada masa sama 2 perkara ini penting..

1. Simpan backup gambar anda secara online, buat acc dropbox atau google drive. Upload gambar anda di sana. InsyaAllah selamat jika berlaku corrupt pd PC atau hard disk anda.

2. buatlah album sebelum anda sendiri tak tahu mana pegi softcopy anda tadi. Macam sy ckp di atas tadi, sekarang banyak syarikat yang kita boleh buat album secara online.

 Pada hemat saya khidmat design album online agak teknikal buat mereka yg baru sebab anda perlu install software mereka dahulu. Teknik drag n drop xlah ssh sgt namun semuanya anda perlu buat sendiri. Saya ambil contoh syarikat yang terkenal yang mana saya juga menggunakan khidmat mereka adalah http://www.photobook.com.my

Jika anda rasakan cara ini lebih murah untuk anda, tetapi anda masih perlukan seseorang yang mahir dan mampu menghasilkan album terbaik anda sila hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

InsyaAllah thread akan datang sy kongsikan bagaimana melaui http://www.photobook.com.my  
jenis2 album, saiz serta harga murah dapat dilakukan untuk diy album anda sendiri.

Terima kasih
pandangan peribadi 

No comments:

Post a Comment

#NikahPKP KahwinPKP #YES2021

Promosi pembukaan semula ekonomi terutama dalam industri perkahwinan.  Ramai pasangan pengantin terkesan dan menangguhkan majlis perkahwinan...